Wednesday 25 July 2012

Main Kongsi Ketawa


kita tak pernah berubah, masih sama semenjak kecil. cuma kitaran dan jasad memberi gambaran kita dewasa. sifat lampau masih ada di dalam sana. sekuat mana ego memaksa akal untuk bicara soal dewasa, tanpa sedar, watak kita melakonkan babak mereka. tidak perlu dipaksa. biar masa penentu acara. bicara kita sudah cukup memberi bukti siapa kita.

kita tak sama. cermin boleh jadi cermin, tapi mustahil dia punya rasa yang serupa. berbeza kita tapi masih boleh bersama. kerana kita manusia. lahir pun dari dua subjek yang berbeza, masakan mampu hidup tanpa istilah 'kita' dan 'mereka'. kita saling bergantung, mengisi dan diisi apa yang kosong.

saat disana, mata masih mengerti bahasa negatif. kerana mata melihat emosi. apabila mata tidak memerhati, tafsiran hati hanyalah benci. kerana yang dilihat hanyalah susunan abjad yang kaku berdiri. aku cuba mencari salah sendiri. memanipulasi dan memandang dari sudut positif. andai aku yang bersalah, aku manusia. kita bermain, berkongsi dan ketawa. kerana kita kawan selamanya. :)

No comments:

Post a Comment