Friday 28 September 2012

Picisan

hai, disini kita bertemu lagi
siapa peduli ?
engkau, engkau..aku, aku..
tapi hakikatnya kita saling merindui
sialan..

Friday 31 August 2012

Pemadam

persepsi mudah si pensil bahawa kesalahannya akan ditutup oleh pemadam mungkin benar. tetapi hakikatnya kesalahan tersebut masih ada, menjadi sampah habuk sang pemadam. nilainya tiada, tapi masih dipandangan mata. kita mungkin berbeza bangsa, agama, budaya, fahaman, pendapat mahupun ideologi. tetapi kita masih berkongsi pemadam yang sama..

Happy Independence Day Malaysia :)

Wednesday 25 July 2012

Main Kongsi Ketawa


kita tak pernah berubah, masih sama semenjak kecil. cuma kitaran dan jasad memberi gambaran kita dewasa. sifat lampau masih ada di dalam sana. sekuat mana ego memaksa akal untuk bicara soal dewasa, tanpa sedar, watak kita melakonkan babak mereka. tidak perlu dipaksa. biar masa penentu acara. bicara kita sudah cukup memberi bukti siapa kita.

kita tak sama. cermin boleh jadi cermin, tapi mustahil dia punya rasa yang serupa. berbeza kita tapi masih boleh bersama. kerana kita manusia. lahir pun dari dua subjek yang berbeza, masakan mampu hidup tanpa istilah 'kita' dan 'mereka'. kita saling bergantung, mengisi dan diisi apa yang kosong.

saat disana, mata masih mengerti bahasa negatif. kerana mata melihat emosi. apabila mata tidak memerhati, tafsiran hati hanyalah benci. kerana yang dilihat hanyalah susunan abjad yang kaku berdiri. aku cuba mencari salah sendiri. memanipulasi dan memandang dari sudut positif. andai aku yang bersalah, aku manusia. kita bermain, berkongsi dan ketawa. kerana kita kawan selamanya. :)

Monday 16 July 2012

the Red

panas terik membawa khabar duka
tatkala suasana mendominasi acara
kini peranan mata utk berbicara
aku hanya sang pencerita
tapi berkongsi perasaan yang sama
aku mengerti bicara mata sang pereka

mereka pemerhati buta
menilai bukan dari buku
tapi nafsu!
mungkin mereka lupa
ratusan mata di tempat yang sama
Menilai, dan Memerhati..

kau angkuh mengisi kotak2 kosong
melayang secebis dakwat pendusta
bermain dengan perasaan manusia
Si Pengecut! yg alpa dgn kuasa sementara

Friday 30 March 2012

Bayang-bayang semalam

kini aku bebas mengorak langkah tanpa bayangan lepas yang berpaut menjadi beban. beban yang hanya mengambil kesempatan. jika dahulu mungkin tidak untuk aku pisahkan bayang dari aku, mungkin kerana aku terlalu melindungi. mengerti bayang hanya lenyap tanpa hadirnya cahaya, aku matang melangkah, memadam cahaya yg selama ini menjadi kekuatan siapa aku diluaran. biar lenyap memori bayang dalam hidupku !

terpulang kepada mereka untuk mentafsir. memandang aku dari perspektif mata hitam mereka. aku sudah tidak ambil peduli..

Sunday 11 March 2012

Bicara mata hitam

Dunia mereka kecil. Siapa, Darimana dan Kenapa ?

Kebebasan yang diikat oleh undang2 manusia yang juga disebabkan oleh khilafnya manusia itu sendiri, itu hanya spekulasi buta dari pandangan mata aku. tafsiran rambang dari pengenalan yang tidak sampai satu putaran paksi, cukup untuk membuatkan diri ini kosong seketika. tatkala kita merasakan kekurangan, ketahuilah mereka tidak mempunyai apa-apa. gagah mereka untuk tersenyum dan ketawa. apakah mampu jika kita ditempat mereka ?

Bersama mereka dgn gelak tawa, mereka sebenarnya sudah kering air mata. cukuplah kedatangan kita mambuat mereka lupa seketika perit yang dirasa. tak perlu kita persoalkan salah siapa, simpati kita sudah cukup membahagiakan mereka. sedar, siapalah kita utk berbicara tentang jalan yang mereka lalui, kerana mereka lebih mengerti jalan mereka. buat adik-adik disana, teruskan melangkah dan terbang menggapai bintang. salam syg..

*Entri didekasikan khas sempena lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas.
4/03/2012

Saturday 10 March 2012

mybabydroid

When i opened my sleepy eyes, n see the green LED light coming from my phone on the table, i know that i had missed the call or someone give me a message..or maybe messages. so, i wake up, take the phone n unlock. one unread message. when i open it... "PERCUMA RM5 kredit! Hanya tmbh nilai min RM10 dlm 1 transaksi bla..bla..blaa..". i lay down on my bed and pull my blanket. n i swear that i will ignore that green light after this.

Tuesday 7 February 2012

Lilin dan mentari

Ya, dia mentari. mentari yang menerangi diri dan orang lain. perihal lilin, siapa lilin ? usah jadi seperti lilin. menerangi diri dan orang lain, tapi membakar diri sendiri ! tapi, dialah mentari yang memegang watak lilin tanpa kita sedari.

disebalik senyuman mesra, dia menyembunyikan segala kepayahan dan keperitannya. setiap yang dipinta, pasti ada jalannya. sejauh mana sukar jalan itu, hanya sang mentari yang tahu. tak terlihat kita mentari menangis. kerana mentari pandai berahsia.

biar perit ditelan seorang, agar kita gembira. begitu agung pengorbanan sang mentari. mengerti tanpa cahayanya, tak mungkin kita melihat dunia.