Sunday 19 June 2011

Kerana manusia itu manusia

jujur entri kali agak payah untuk aku huraikan kerana penterjemahan bahasa manusia difahami berbeza mengikut tafsiran mata yang memerhati. lantas kenapa perlu aku berbicara soal sifat makhluk agung yang lazim berubah sifat kelakuannya? kerana aku ingin mereka tahu, bahasa mereka bukan hanya peranan watak sendiri, tetapi mainan perasaan watak yang lain.

umum sukar untuk difahami, kerana manusia tidak akan sama. bukan berbicara berbeza antara watak, tetapi kita sebagai watak tunggal yang sentiasa berubah. mungkin mereka tidak sedar kerana kita bukan sentiasa berada di fasa yang sama. perubahan yang kadang2 disalah ertikan, mengerti bahawa kita semua manusia.

tiada persoalan mengapa, cukup untuk difahami manusia hanya seorang manusia !

Sunday 12 June 2011

Penutup yang sempurna

kembali berdiri disaat jatuh ketika langkah baru bermula..kini sekali lagi aku merasakan ia berada dalam genggaman aku walaupun belum disentuh..mengerti kadangkala lalai kerana jalannya luas, aku cuba mengeksprestasikan nasib sebagai usaha..tidak terlalu awal untuk aku katakan, kerana aku yakin..sekali lagi, sebuah penutup yang sempurna..

*khas buat mama dan abah..