Sunday 19 June 2011

Kerana manusia itu manusia

jujur entri kali agak payah untuk aku huraikan kerana penterjemahan bahasa manusia difahami berbeza mengikut tafsiran mata yang memerhati. lantas kenapa perlu aku berbicara soal sifat makhluk agung yang lazim berubah sifat kelakuannya? kerana aku ingin mereka tahu, bahasa mereka bukan hanya peranan watak sendiri, tetapi mainan perasaan watak yang lain.

umum sukar untuk difahami, kerana manusia tidak akan sama. bukan berbicara berbeza antara watak, tetapi kita sebagai watak tunggal yang sentiasa berubah. mungkin mereka tidak sedar kerana kita bukan sentiasa berada di fasa yang sama. perubahan yang kadang2 disalah ertikan, mengerti bahawa kita semua manusia.

tiada persoalan mengapa, cukup untuk difahami manusia hanya seorang manusia !

No comments:

Post a Comment