Sunday 20 November 2011

Bicara seorang hamba (November11)

disaat genap meniti usia, tiada apa yang berubah. tidak perlu menunggu November seterusnya kerana ini bukan soal detik yang bergerak, tetapi jasad kosong yang dikawal ego dan nafsu. cukup dgn pertanyaan "sampai bila ?". aku sendiri mencari jawapan untuk itu. tidak perlu pertikaikan kenapa perlu menyuluh di saat mentari terang, krn ia tak semudah kata2. sedar aku tak layak berbicara, hina aku dihadapan Pencipta. mengharap tangan2 tidak berbalas yang menghulur akan ada disaat aku memerlukan. selayaknya bicara seorang hamba. saat Dia berkata, maka itu kehendakNya. sudah tertulis kalam Si Pencipta..

11/11/91 ~ 11/11/11

Sunday 19 June 2011

Kerana manusia itu manusia

jujur entri kali agak payah untuk aku huraikan kerana penterjemahan bahasa manusia difahami berbeza mengikut tafsiran mata yang memerhati. lantas kenapa perlu aku berbicara soal sifat makhluk agung yang lazim berubah sifat kelakuannya? kerana aku ingin mereka tahu, bahasa mereka bukan hanya peranan watak sendiri, tetapi mainan perasaan watak yang lain.

umum sukar untuk difahami, kerana manusia tidak akan sama. bukan berbicara berbeza antara watak, tetapi kita sebagai watak tunggal yang sentiasa berubah. mungkin mereka tidak sedar kerana kita bukan sentiasa berada di fasa yang sama. perubahan yang kadang2 disalah ertikan, mengerti bahawa kita semua manusia.

tiada persoalan mengapa, cukup untuk difahami manusia hanya seorang manusia !

Sunday 12 June 2011

Penutup yang sempurna

kembali berdiri disaat jatuh ketika langkah baru bermula..kini sekali lagi aku merasakan ia berada dalam genggaman aku walaupun belum disentuh..mengerti kadangkala lalai kerana jalannya luas, aku cuba mengeksprestasikan nasib sebagai usaha..tidak terlalu awal untuk aku katakan, kerana aku yakin..sekali lagi, sebuah penutup yang sempurna..

*khas buat mama dan abah..

Friday 20 May 2011

Because of...

Mereka tidak akan faham..kerana penterjemahan aku di luar garisan kebiasaan mereka. sengaja..kerana aku bkn mereka, identiti aku di atas garisan aku sendiri. kerana aku adalah aku..

Saturday 7 May 2011

Life of p.e.r.e.k.a

aku akui merantau di bumi balik pulau merupakan satu fasa mudah daripada sebahagian jalan menuju pereka. kadang2 was2 dgn segulung diploma yg bakal dimiliki. tenggelam melihat lautan manusia di dalam kotak2 bangunan yang dipanggil universiti, fokus dengan diploma hanya merupakan tiket untuk bersama mereka di dalam lautan tersebut..untuk meneruskan fasa seterusnya menjadi pereka.

menjalani hari2 baru yang lali rutinnya, kebosanan aku dipadam oleh kawan sebagai pemanipulasi emosi..menjadikan hari2 aku lebih bermakna. kawan dalam konteks pereka terlalu besar untuk aku gambarkan..mainan kata2 yang kadang2 memutuskan jalan antara satu garisan, mengharap suatu hari nanti garisan tersebut bersambung kembali. mengharap mereka tahu kerana kawan adalah sebahagian aset penting dalam hidup aku.

pereka mencari cinta ?? hahaha..masih jauh untuk aku fikirkan. dia sentiasa ada, hanya menunggu masa. termenung memandang kelip2 kaku yang hilang di saat mentari menjalan tugas alam, memikir kehidupan seorang pereka..

Wednesday 4 May 2011

Welcome to my blog !! ^^

siapa aku, bukan hanya persoalan buat mereka, tetapi bagi aku sendiri yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam satu garisan. garisan yang kemudiannya bercabang menjadi ranting2 yang tidak mampu disempurnakan. kini menyelam dalam dunia bloging berkongsi titik2 buta melakar satu g.a.r.i.s.a.n menghubungkan kita...