Saturday 7 May 2011

Life of p.e.r.e.k.a

aku akui merantau di bumi balik pulau merupakan satu fasa mudah daripada sebahagian jalan menuju pereka. kadang2 was2 dgn segulung diploma yg bakal dimiliki. tenggelam melihat lautan manusia di dalam kotak2 bangunan yang dipanggil universiti, fokus dengan diploma hanya merupakan tiket untuk bersama mereka di dalam lautan tersebut..untuk meneruskan fasa seterusnya menjadi pereka.

menjalani hari2 baru yang lali rutinnya, kebosanan aku dipadam oleh kawan sebagai pemanipulasi emosi..menjadikan hari2 aku lebih bermakna. kawan dalam konteks pereka terlalu besar untuk aku gambarkan..mainan kata2 yang kadang2 memutuskan jalan antara satu garisan, mengharap suatu hari nanti garisan tersebut bersambung kembali. mengharap mereka tahu kerana kawan adalah sebahagian aset penting dalam hidup aku.

pereka mencari cinta ?? hahaha..masih jauh untuk aku fikirkan. dia sentiasa ada, hanya menunggu masa. termenung memandang kelip2 kaku yang hilang di saat mentari menjalan tugas alam, memikir kehidupan seorang pereka..

No comments:

Post a Comment